Sambal Belacan Padu, Petua Simpan Tahan Lama - Info Resepi

0
Info Resepi Masakan 2023

Video 

Kali ni Che Nom nak share resepi sambal belacan yang mantap rasa nya dan juga boleh disimpan sebagai stok dalam peti sejuk. Nak makan ceduk ambil sahaja. Mudah kan? Ada beberapa petua dalam video ni untuk dapatkan rasa sambal belacan yang sedap dan juga petua untuk tahan lama bila disimpan. 

Texture sambal belacan ni kasar-kasar dan pekat, pedas dan juga wangi sangat dengan belacan dan bawang yang dibakar.
Kalau tekak melayu, wajib ada bila makan, terutama sekali kalau nak makan gulai ataupun sup. Kalau tak ada sambal belacan memang tak lengkap lah. Jom cuba!

Hasil : 2 balang sambal belacan 370g

Bahan-bahan :
8-10 tangkai cili merah besar
20-25 tangkai cili padi merah
15 tangkai cili padi hijau
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 inci belacan
1/2 cawan jus asam jawa
1/4 cawan jus limau kasturi
4 belah kulit limau kasturi
Garam secukup rasa
2-3 sb gula
Sedikit serbuk seasoning, pilihan

Sumber : Che Nom
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!